. RENUNGAN .
Friday, August 10, 2012 @ 2:37 PM | ( 0 ) comment(s) ; add something +
“ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”...Yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik di dalam internet samada dalam fb , Blog atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.Menyertai FB , ataupon blogger tidak semestinya perlu menonjolkan kecantikan wajah atau tubuh badan.Menulis dengan tulisan-tulisan yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah & mengembangkan tali persahabatan sesama manusia.
Jika ditanya bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Blog, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik-baik jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.

Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan kawan lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan kawan lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semua alasan semata-mata untuk membenarkan apa yang kita buat.
Wallahu’alam..-Al Azhar Addin