. Jealous ? .
Wednesday, March 28, 2012 @ 5:19 PM | ( 0 ) comment(s) ; add something +
. Okey maybe beberapa orang tak setuju dgn " JEALOUS " . Ade yang tak selesa . Actually for someone yang dah ade boyfie or girlfie . Jealous tu perasaan biase sbb kita tak suka org yang kita sayang pergi dekat org lain . Tp mmg wajar pown ade perasaan ni kan kan ? takkan lah Awek Or Balak korang rapat rapat dgn org lain or wall mcm manja manja tak jealous ? Emmm ?

Cemburu adalah perasaan emosi negatif yang timbul hasil daripada sesuatu yang mencabar kredibiliti ataupun status seseorang manusia.
Walaupun cemburu dilabelkan sebagai perasaan emosi yang negatif, namun cemburu dapat memberi kebaikan kepada seseorang jika cemburu dikaitkan dengan kejayaan dan pencapaian seseorang. Perasaan cemburu ini akan mendorong seseorang itu untuk memotivasikan dirinya kea rah kejayaan.
Di dalam perhubungan cinta, perkataan cemburu adalah sesuatu yang tidak asing lagi. Cemburu di dalam perhubungan cinta boleh member kebahagian dan juga boleh membawa kehancuran.
Lelaki tercipta dengan sifat- sifat agung yang tersendiri dan sememangnya kaum ini telah pun dilengkapi dengan perasaan cemburu. Lebih- lebih lagi perasaan ini sering aktif di dalam perhubungan cinta mereka.
Mengapa perlu cemburu jika katakan cinta?
Perasaan cemburu seorang lelaki bermaksud perasaan sayang yang mendalam. Apabila mendapati wanita idaman ataupun pasangannya bercakap ataupun berjalan dengan lelaki lain maka, hadir perasaan tercabar kerana mendapati cintanya tergugat.
Cemburu maknanya sayang. Namun, cemburu didalam perhubungan cinta juga akan membawa kepada keburukan dan tindak laku yang negatif. Buktinya, keadaan zaman ini sendiri menampilakan kes bunuh , dan bunuh diri yang bermotifkan cemburu.
Di sebalik perasaan cemburu seorang lelaki, tersirat rasa kasih sayang dan perasaan mempertahankan cintanya kepada wanita idaman ataupun pasangannya. Perasaan cemburu lelaki tersimpan suatu kuasa cinta yang cukup kuat untuk mewujudkan perasaan kasih sayang yang agung. Daripada perasaan cemburu ini lahirlah perasaan keliru dan kurang selesa. Hakikat sebenarnya anda sayang dan cinta wanita idaman anda ataupun pasangan anda.