..SaFee SaLi dIrisiK cLub Jerman..
Thursday, August 11, 2011 @ 6:14 PM | ( 0 ) comment(s) ; add something +

SAFEE SALI DIPANCING KELAB JERMAN BUNDESLIGA | Selepas menjadi pemain negara pertama beraksi di Lga Super Indonesia (ISL), penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali terus mengukir sejarah tersendiri selepas dikhabarkan menjadi buruan kelab Bundesliga. Penyerang berbisa Pelita Jaya itu mendedahkan perkara tersebut selepas memaklumkan ada kelab liga Jerman sedia membuat tawaran untuk mendapatkan khidmatnya. Meskipun begitu, tawaran dibuat masih lagi diperingkat awal dan Safee enggan mengulas lebih lanjut.


“Tawaran ini datang tepat pada masanya. Mungkin ini adalah betul-betul tawaran yang mahukan khidmat saya.”
“Tawaran ini mungkin datang selepas saya menyertai skuad Malaysia menentang Singapura. Saya terkejut dengan panggilan ini, walaupun belum mendapat tawaran rasmi,” kata Safee.

 
Jika benar bagai dikatakan, ini merupakan berita baik untuk arena bolasepak negara kita. Inilah yang dikatakan titik tolak pembangunan bolasepak negara. Jika Safee Sali berjaya membuka mata pencari bakat bolasepak Eropah, tidak mustahil untuk pemain lain juga berupaya memperoleh peluang yang sama.